"The Solution"

Nak Belajar Melabur Dalam Hartanah?

http://muslih.my/2016/07/27/nak-belajar-melabur-dalam-hartanah/

Flat Sri Nilam Ampang

Belajar membeli rumah Flat dahulu!

Kenapa Rumah Flat Adalah Patut Menjadi Rumah Pertama Pelaburan Anda? Yang nak belajar melabur hartanah boleh baca tips ini. Mungkin sedikit panjang, tetapi berbaloi untuk luangkan masa.

Rumah flat antara menjadi pilihan pelabur, ia adalah kerana harganya yang murah. Ada yang membeli secara lelongan awam atau sub-sale (rumah ‘second hand’).

Kenapa harus rumah Flat kos rendah menjadi rumah pertama pelaburan anda? (Khas untuk berpendapatan rendah dan yang ingin memulakan pelaburan)

Baca seterusnya dibawah:-
(disertakan contoh situasi)

Kerana harga yang murah.
+ Harga yang murah menyebabkan modal awal untuk membeli Flat juga rendah.

Menjadi satu permulaan dalam pelaburan.
+ Sebenarnya ramai yang layak untuk membeli rumah Flat. Cuma tidak tahu dan maklum rupanya dengan gaji 1500 pon dah memadai untuk membeli rumah Flat. Dengan syarat komitmen sedia ada untuk pinjaman tidak tinggi.

Belajar selok belok dalam hartanah.
+ Iyalah harga murah, modal rendah, kalau apa-apa berlaku pon tidaklah teruk sangat nak menanggung. Kalau lambat sikit dapat penyewa pon masih lagi dapat bertahan.

Permintaan tinggi untuk penyewa.
+ Ya, ramai yang memulakan kehidupan dengan menyewa di rumah Flat. Mana nak mampu menyewa mahal-mahal lagi. Kitaran ini akan terus menerus tahun demi tahun. Pasti ada yang akan baru mulakan kehidupan kan? Kerana harga sewa rumah flat adalah masih mampu sewa.
.
Syarat Flat Kos Rendah hanya sekali dan rumah pertama sahaja.
+ Ya, satu sahaja dan ia mesti rumah pertama. Tidak boleh memiliki banyak rumah Flat Kos Rendah. Kecuali untuk Flat Kos Rendah yang dilelong. Diberi kelonggaran. Dan Syarat Kos Rendah di Kuala Lumpur juga tidak ketat. Sebab tu biarlah rumah pertama adalah rumah Kos Rendah.

Maintenance Fee Murah
+ Maintenance fee untuk Flat kos rendah memang murah, mana taknya tiada fasiliti gempak macam swimming pool dan sebagainya.
.
Kebolehan jual semula pon mudah.
+ Harga yang murah menyebabkan mudah juga untuk dijual semula nanti.

Tips seterusnya ni penting. Tak ramai yang nak kongsikan. Tekan LIKE post dulu. Hehe dan teruskan pembacaan.

(Nak tengok deal rumah flat klik sini :- Flat Sri Nilam Ampang)

 

Boleh dijadikan simpanan modal untuk rumah yang lebih mahal nanti.

+ Contohnya :
+Beli harga RM120,000 tahun 2016,
+Margin Financing 90% : RM108,000
+Installment di bank lebih kurang RM500.
+Maintenance fee RM50.
+So kos (installment+maintenance fee) yang perlu ditanggung bulanan RM550.
+Disewakan semula RM700
+Tunai positif RM150/bulan.
+Modal/kos awal RM15,000 (Deposit RM10%+Guaman) – Boleh guna KWSP akaun 2. (sebahagian tunai, sebahagian KWSP atau full dari KWSP)

(Nak tengok deal rumah flat klik sini :- Flat Sri Nilam Ampang)

Katakan rumah flat ini disimpan dan disewakan selama 5 tahun dan kadar sewa adalah sama selama 5 tahun ini.

Katakan selepas 5 tahun, harga pasaran semasa rumah flat ini menjadi RM150,000.

+Wang tunai positif terkumpul selama 5 tahun ialah RM9,000 (RM150x12bulanx5tahun)

+Dijual mengikut harga pasaran semasa selepas 5 tahun RM150,000.
Pembiayaan bank selepas 5 tahun katakan berbaki RM101,000. Tunai yang bakal diperolehi lebih kurang RM49,000.

+Total tunai wang tunai positif terkumpul RM9,000 + Tunai selepas jual RM49,000 = RM58,000.

Modal awal yang dikeluarkan tadi RM15,000. Dalam masa 5 tahun jana RM58,000. Untung RM43,000. Secara kasar Return on Investment (ROI) 286.67%. Compound Annual ROI 31.06%.

+Duit ini dijadikan modal untuk membeli Rumah seterusnya. Mungkin rumah untuk didiami? Mungkin membeli rumah Flat Lelong secara tunai? Terpulang kepada matlamat kewangan anda. Boleh kita kumpul bulanan supaya lagi 5 tahun dapat RM58,000? Berapa sebulan kena kumpul? Lebih kurang RM967 perlu menyimpan sebulan.

Boleh menjadi medium penyimpanan dan menjana pendapatan.
+ Tak perlu menyimpan bulanan, sebab rumah flat disewakan seolah-olah penyewa yang menyimpan (sewa lebih dari installment bulanan) untuk kita.

*jangan salah faham, kita membantu penyewa yang belum mampu untuk membeli, maka dia menyewa dahulu, selepas 5 tahun boleh offer kepada penyewa untuk beli rumah flat kita:)

Risiko rendah.

Dah dapat idea? Membantu? Memberi manfaat? Like dan Kongsi Post ini supaya ramai lagi dapat manfaatnya.

Owh barulah kita tahukan kenapa hartanah ini dalah medium pelaburan yang baik?

Berminat? Boleh whatsapp 0197527157. Orang yang bertindak pantas pasti akan dapat hasilnya pon pantas. Whatsapp 0197527157.

Jom berbincang lanjut, tak salah bertanya kan? Mulakan tindakan hari ini. Bila lagi kan? Patutlah dia tu asyik membeli hartanah… Patutlah dia asyik maju kehadapan… Ilmu yang membezakan. Masih belum terlambat untuk anda. Jom Jom Jom mulakan langkah pertama dengan whatsapp 0197527157.

Muslih Thani

*Like page Muslih.My untuk tidak ketinggalan info dan tips hartanah terbaik.

Nak tengok deal rumah flat seperti contoh diatas klik sini :- Flat Sri Nilam Ampang

Ada Persoalan Komen Disini
«
»

3 comments on “Nak Belajar Melabur Dalam Hartanah?”

  1. Jirum Daud says:

    Minta pandangan berkenaan value apartment suria damansara damai,
    Kadar sewa dan adakah berbaloi untuk dibeli sekiranya harga mencecah 140k?

    1. Muslih Thani says:

      Berbaloi itu bergantung pada tuan punya matlamat kewangan.

      Namun harga pasaran disitu untuk keluasan yang 700++ sqft ok harga tu.

      1. Jirum says:

        Terima kasih

Leave a Reply to Muslih Thani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *