"The Solution"

Berapa Sebenarnya Jumlah Pengeluaran EPF Untuk Beli Rumah?

http://muslih.my/2016/08/23/keluarkan_epf_beli_rumah/

En Muslih, saya nak keluarkan EPF untuk deposit rumah boleh ke?
.
Boleh.
.
Saya langsung tak ada simpanan. Memang bergantung pada EPF.
.
Owh, tiada masalah, kena negotiate dengan pemilik rumah, kalau dia setuju tiada masalah. Sebab pemilik akan tandatangan SPA tanpa terima apa-apa deposit lagi. Dan ada masa tertentu untuk keluarkan EPF.
.
Ic… Kos lawyer macam mana pulak ya? Tu pon saya tak ada duit.
.
Ok, semak EPF akaun 2 ada berapa? Lepas atau tidak untuk cover 10% deposit? Dan ada lebihan tak? Kalau ada insyaAllah boleh guna EPF juga, tapi sama, kena negotiate dengan lawyer pula. Mereka nak terima tak kes dan buat kerja dulu tanpa terima apa-apa bayaran.
.
Owh macam tu ya, berapa banyak sebenarnya saya boleh keluarkan dari akaun 2 EPF?
.
Confirm 10% boleh, dan tambahan perbezaan nilai dari jumlah pembiayaan kita yang lulus.
.
Apa tu? Tambahan?
.
Ya, margin pembiayaan ada yang lulus 100% ada yang lulus 90% ada yang lulus 80%. So, boleh keluarkan 10% + 10% kalau margin lulus 90%. Dan seterusnya lah. Kalau akaun 2 EPF kita cukup.
.
Owh macam tu. Tapi kena pandai negotiate lah kan? Dengan lawyer dengan owner. Saya tak pandai.
.
Hmmm.. Saya ni siapa?
.
Owh hehehehe. Terima kasih! Tolong En Muslih carikan unit yang ciri-ciri yang macam ni.
.
Ok, baik.

*Like dan komen la sikit tanda belajar dan faham hehe
*Tak nak lepas tips hartanah yang best-best? Like Muslih.My
*Boleh subscribe ———> tengok box sebelah kanan blog ini.
*Nak tengok rumah untuk dijual dan deposit nak keluarkan EPF klik sini

Ada Persoalan Komen Disini
«
»

2 comments on “Berapa Sebenarnya Jumlah Pengeluaran EPF Untuk Beli Rumah?”

  1. seliikra says:

    Sy mghadapi issue yg sama. hrpkn duit epf je.

    1. Muslih Thani says:

      Boleh sahaja kalau cukup epfnya, perlu persetujuan dari owner 🙂

Leave a Reply to seliikra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *