"The Solution"

7 Sebab Kebiasaan Kenapa Refinance Rumah

https://muslih.my/2016/03/31/7-sebab-kebiasaan-kenapa-refinance-rumah/

refinance

7 Sebab Kebiasaan Kenapa Refinance Rumah

Anda terfikir untuk refinance rumah anda? Kenapa nak refinance? Banyak sebab orang nak refinance rumah mereka. Antaranya:-

1. Jimat kadar keuntungan/interest
2. Menurunkan Ansuran Bulanan – Pertambahan tahun bayar pinjaman
3. Memerlukan modal perniagaan (selalu dilakukan oleh peniaga)
4. Nak renovate rumah
5. Untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak
6. Menutup hutang lain seperti kredit kad, PTPTN, Kereta, Motorsikal dan sebagainya
7. Untuk dijadikan modal membeli rumah yang lain

Owh sebab ni ya orang refinance? hehe. Sebab tu saya kongsi ni! Haaa baca sampai habis k!
Like FB Muslih.My untuk tidak ketinggalan Tips Hartanah yang Osem!  Klik sini dan like page ni k. hehe

Ada baik buruknya refinance ni. Kena ambil kira juga apabila refinance tambahan waktu pembayaran semula akan berlaku. Ada yang terbeban pula selepas refinance. Ada kos yang terlibat untuk refinance seperti kos guaman dan penilaian.

Sekiranya ia akan menjadi liabiliti harus ditinggalkan.

Apa yang perlu anda tahu untuk refinance?  Baca molek-molek!

Anda perlu tahu Harga pasaran semasa rumah anda. Sekiranya harga pasaran sama atau tidak meningkat berkemungkinan baki loan anda lebih tinggi daripada pinjaman baru. So tiada guna untuk refinance. So perlu semak baki pembiayaan anda dan Harga pasaran semasa. Baki pembiayaan dan harga pasaran semasa boleh semak di bank

Refinance sekiranya:-
1. Tujuan refinance yang jelas kegunaannya
2. Harga pasaran melebihi baki pembiayaan sekarang
3. Bayaran bulanan mampu untuk anda tanggung
4. Pendapatan anda layak untuk amaun yang nak di’Refinance’ (so kena semak kelayakan juga)

Jangan refinance ikut-ikutan dan saja suka-suka. Kelak makan diri, saya ada klien yang rumahnya dilelong selepas refinance kerana tidak mampu bayar ansuran bulanan.

Owh ya tips bonus! Sekiranya anda hilang upaya kekal untuk membayar ansuran seperti kemalangan dan anda tidak mampu lagi bekerja atau kematian, bagaimana dengan hutang anda?? Siapa yang tanggung? serahkan pada insurans/takaful yang tanggung! Ya pembiayaan anda perlu ambil insurans atau takaful. Jangan nak jimat sangat kita tak tahu apa akan jadi akan datang. Ini digelar ‘risk management‘.

Moga perkongsian ini memberi manfaat. Sila kongsi ya dengan rakan-rakan anda. Moga semua dapat ilmu yang bermanfaat.

Muslih Thani
Perunding Hartanah Berdaftar
Like FB Muslih.My untuk tidak ketinggalan Tips Hartanah yang Osem! <—Klik sini

*kalau ada banker yang membaca ni saya benarkan untuk anda komen di bawah untuk tawarkan pakej refinance dari anda!

 

Ada Persoalan Komen Disini
«
»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *