Baru Berkahwin? Belum Mampu Memiliki Rumah? | Rumah Transit 1 Malaysia
*Borang permohonan lengkap disertakan di bawah sekali.
Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Kadar Dan Tempoh Sewaan
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah
Syarat-Syarat Kelayakan
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Pemohon baru berkahwin (kali pertama) dalam tempoh setahun daripada tarikh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Penyewa Program Rumah Transit 1Malaysia
- Pemohon berumur 30 tahun dan ke bawah
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Tiada rekod jenayah
Ciri-Ciri Rumah RT1M
- Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
- 2 atau 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Ruang tamu
- Ruang dapur
- Dilengkapi dengan kipas dan lampu
Kemudahan di RT1M
- Dewan serbaguna
- Ruang taska
- Kedai / gerai
- Pejabat pengurusan
- Tempat letak kereta
- Tempat letak motosikal
- Pagar kawasan
- Kawalan keselamatan
- Surau
- Lif
- Landksap
Lokasi RT1M
Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia
Like Muslih.My untuk Tips dan Info Hartanah Terkini
sumber http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/content/rumah-transit-write.html
Untuk memohon Download borang dan ikut arahan tertera dalam borang KLIK SINI
Untuk mengetahui Syarat Lengkap KLIK SINI
Borang permohonan perlu disertakan surat akuan bersumpah mengikut format ini KLIK SINI (perlu dilakukan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah)