"The Solution"

Sesuai Ke Beli Rumah Sekarang?

https://muslih.my/2016/04/30/sesuai-ke-beli-rumah-sekarang/

SesuaiBeliRumah

ELOK/SESUAI KE MEMBELI RUMAH DENGAN KEADAAN EKONOMI SEKARANG NI?

Sejak menjak ni saya menerima PM dari ramai rakan-rakan FB bertanyakan soalan yang lebih kurang sama.

“Muslih, aku nak beli rumah ni, sesuai ke beli sekarang ni, ko pon tau kan ekonomi Malaysia macam mana”

“En Muslih, ekonomi teruk la sekarang ni, boleh ke beli rumah?”

So, saya simpulkan dalam penulisan saya dibawah. Sila kongsi dengan rakan-rakan, keluarga, saudara mara anda supaya semua orang dapat manfaat. Penat juga nak reply satu-satu. Hehe.

Jawapan saya, elok sekiranya :-

✔ Anda faham tujuan membeli anda dengan jelas. Untuk pelaburan? untuk didiami? untuk hantaran perkahwinan?

✔ Ada modal yang mencukupi untuk membeli rumah. Boleh rujuk penulisan saya mengenai kos yang terlibat dalam belian rumah klik sini 

✔ Anda layak untuk membuat pinjaman dengan harga rumah yang nak dibeli. Nak semak? klik sini

✔ Rumah yang nak dibeli mengikut atau rendah dari harga pasaran. Nak semak? PM saya.

✔ Ada bank yang memberi pembiayaan untuk pembiayaan perumahan anda.

✔ Anda mampu untuk membayar ‘installment’ bulanan pinjaman perumahan.

Tak elok/sesuai kalau sebaliknya.

Ekonomi Malaysia satu bab. Ekonomi sendiri yang paling penting.
Untuk pengetahun pembaca sekalian, tahun ini iaitu tahun 2016 dan 2015 boleh dikatakan hampir 100% rumah yang saya bantu jual adalah dibawah harga pasaran. Bagus tak untuk anda pembeli?

Anda boleh pilih biarkan peluang ini berlalu pergi, atau anda ‘grab’ peluang ni.

Untung kepada yang menyimpan sebelum ini. Ini lah masanya! beruntung yang ada akaun 2 epf yang mencukupi, bolehlah keluarkan untuk beli rumah.

Jangan la baca sorang-sorang, kongsi la. Hehe.

Ada Persoalan Komen Disini
«
»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *