"The Solution"

Owner Kapitalis!

https://muslih.my/2016/09/22/owner-kapitalis/

Siri En Muslih 2

“En Muslih, mahal la harga rumah sekarang. Kos nak beli pon jadi akan lebih mahal. Teruk la owner rumah sekarang. Kapitalis!”

“Aah, memang betul harga rumah memang makin hari makin naik harganya. Tapi tak bermakna owner tu kapitalis pula”

“Ya la dulu beli katakan RM200,000. Sekarang nak jual RM400,000, double dah tu tuan! Aniaya pembeli baru!”

“Owh, lepas tu tuan nak owner jual berapa?”

“Jual la balik dalam RM250k ke? Ya la jangan ambil banyak sangat untung”

“Tuan, nak beli rumah tuan pon tau kan ada kos-kos lain yang terlibat, lawyer, valuation, dan sebagainya. Nak maintain rumah tu pon ada kos lagi terlibat, cukai tanah, cukai pintu , bil-bil, dan sebagainya. Tuan, dia beli rumah tu menggunakan financing, memang dia beli RM200k tapi tuan tahu tak berapa bank jual semula pada dia?.

Lagi satu tuan, memang harga pasaran pada waktu ketika dia nak jual adalah RM400k. Kalau dia jual RM250k aniaya tak diri dia sendiri? Aniaya tak keluarga dia yang sepatutnya dari hasil jualan tu dia dapat modal untuk upgrade pula beli rumah lebih besar/mahal.”

“Sudahlah kalau kapitalis tu kapitalis jugak!”

“Tuan, kalau la tuan dah memiliki rumah nanti saya harap sangat tuan kalau nak jual balik jual pada harga sama dan jual lebih murah”

“&&££&””-£/0-9-&£/8/%#[$!|\‼️, boleh nak ambil untung, tapi jangan la zalim sangat.”

“Tuan, berapa untung yang menyebabkan jadi tak zalim? Dia ada tujuannya, dia jual pon ikut harga pasaran. Nak jual ada lagi pulak kena bayar agency fee kalau gunakan ejen.
Nak jual pon nanti ada cukai dikenakan. Ada lagi fee lawyer jugak.”

“Lepas tu macam mana saya nak beli ni? Mahal sangat!”

“Beli ikut kemampuan dulu, kemudian boleh upgrade.”

“Kalau ikut kemampuan, hanya RM200k, saya kalau boleh nak duduk teres. Harga macam ni dapat apartment je. Macam mana tu?”

“Sewa je la untuk duduk selesa sekarang, beli jela ikut kemampuan dulu orang tolong bayarkan, nanti kemudian bina lah mahligai bila dah nak bersara. Yang penting bertindak.”

“Haaaaaaaaa????”

Like Muslih.My untuk tak terlepas tips hartanah terkini
Klik sini nak survey rumah.

Ada Persoalan Komen Disini
«
»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *