Kenapa Beli Rumah Perlu Deposit?
Kenapa beli rumah perlu ada deposit 10%?
Kerana margin of finance dari bank adalah 90%.
Wajib ke deposit 10%?
Tak wajib. Ia normal prosedur yang dilakukan. Tapi kalau dah finance 90% memang kena lah 10%.
Kalau saya dapat 100% iaitu dengan Gov Loan/Financing?
Itu atas budi bicara owner. Ada yang memang nak 10% dahulu, atas sebab mungkin ada perkara owner perlu selesaikan berkenaan rumah, yang memerlukan sejumlah wang. Sebagai contoh ada bil maintenance tertunggak. Ada cukai pintu tertunggak dan sebagainya.
Ada juga tak perlu sampai 10%. 3-5% pon memadai. Sebab financing dah dapat 100%. Tetapi kenapa still kena bayar juga deposit? Sebab ia menunjukkan komitmen dan tanda jadi. Ya lah kalau tak letak apa-apa komitmen, owner dah stop jual kepada yang lain tiba-tiba pembeli tak jadi beli. Buang masa owner. So at least kalau pembeli tak jadi adalah sedikit pampasan kepada owner.
Owh kalau macam tu pembeli bayar lebih la. Financing 100%, deposit lagi 10% dah jadi 110% pulak.
Tak jadi macam tu sebab kalau dah bayar 10% tetap baki bayar kepada owner 90%.
Lebihan nanti dari financing akan pulang semula kepada pembeli.
Faham ke faham?
Boleh share supaya ramai lebih tahu. Tak perlu minta izin ya! Hehe.
Like Muslih.My untuk tak terlepas tips hartanah terkini
Klik sini nak survey rumah.