11 Sebab Pembiayaan Perumahan Anda Tidak Lulus
11 SEBAB yang menyebabkan PEMBIAYAAN PERUMAHAN anda tidak lulus
1. Rekod pinjaman/pembiayaan sebelumnya tidak cantik.
Ada bayaran tertunggak. Bayaran tidak dibuat pada waktunya. Ambil mudah.
2. Komitmen pinjaman/pembiayaan sedia ada tinggi melebihi paras kelayakan.
Ada bermacam pinjaman. Kad kredit, pinjaman peribadi, kereta, motorsikal, pinjaman perabot aeon credit dan sebagainya sehingga melepasi paras kelayakan pinjaman.
3. Membeli harga hartanah melepasi kelayakan pinjaman/pembiayaan.
4. Anda atau pemilik seorang yang muflis/ blacklist.
5. Tidak merekod pendapatan anda dengan baik. Anda berniaga melibatkan wang tunai tetapi tidak dimasukkan ke bank untuk menjadi bukti pendapatan.
Anda berniaga tetapi perniagaan tidak didaftarkan.
6. Anda tiada langsung rekod pinjaman/pembiayaan sedangkan anda sudah berumur.
7. Baru sahaja bekerja. Tiada rekod slip gaji ‘atleast’ 3 bulan.
Bank memerlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan bank statement terkini anda. Lagi baik yang telah mempunyai pengesahan jawatan tetap.
8. Developer bankrup. Tiada liquidator.
9. Membeli hartanah dikawasan blacklist oleh bank.
10. Hartanah yang direnovasi/diubahsuai melampau tanpa kebenaran dari pihak berkuasa.
Sebagai contoh rumah 1 tingkat tapi sudah direnovasi menjadi 3 tingkat tanpa kebenaran.
11. Hartanah yang dibeli tiada CF/CCC/TCF
Apa yang bank mahu sebenarnya?
Ada dua perkara penting. Bank menilai dari segi:-
1. Kebolehan anda membayar semula pinjaman nanti.
2. Kebolehan bank melelong hartanah anda dan dapat pembida dengan mudah sekiranya anda gagal untuk membayar pinjaman/pembiayaan.
Boleh share supaya ramai lebih tahu. Tak perlu minta izin ya! Hehe.
Like Muslih.My untuk tak terlepas tips hartanah terkini
Klik sini nak survey rumah.